RSS

Isi Seminar Kewangan Islam di PTSS, Perlis…

27 Jul
Salam
Disini saya nak kongsi sedikit ilmu, yakni kesimpulan Seminar kewangan Islam yang diadakan di PTSS, 26/7/2011
Ada 4 Slot semuanya:
Slot 1:Riba dan Keburukkannya
Monday, April 21, 2008

“Setiap pinjaman yang membawa kepada sesuatu manfaat buat pemberi pinjam maka ia adalah Riba”

Allah s.w.t berkata, “Orang-orang yang memakan ataupun mengamalkan riba tidak dapat berdiri dengan betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan syaitan itu. Yang demikian adalah disebabkan mereka mengatakan, “Sesungguhnya jual beli itu sama sahaja seperti riba.”

Padahal, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang disampaikan kepadanya peringatan berkenaan larangan daripada Tuhannya, lalu dia berhenti daripada mengambil riba, maka apa yang sudah diambil dahulu sebelum pengharaman itu adalah menjadi haknya, dan ia terserah kepada Allah. Manakala sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu, mereka adalah ahli neraka, dan mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan Dia pula menambahkan keberkatan harta yang dikeluarkan secara sedekah. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal dalam kekufuran dan sentiasa melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang mengerjakan sembahyang serta mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala dan di sisi Tuhan mereka, dan tidak bimbang berlakunya sesuatu yang tidak baik kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba yang masih ada pada orang yang berhutang itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.”

Surah al-Baqarah ayat 275 hingga 278

Dalil-dalil pengharaman riba’

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

– Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

CELAKA RIBA:

1. Menempah perang dengan Allah

2. Menjemput Bala Allah

3. Hilang keberkatan

4. Menempah laknat/benci Allah

5. Seperti berzina dengan bapanya/ibunya sendiri.

6. Menempah 7 dosa-dosa besar

7.Dosanya lebih buruk daripada 36 kali berzina

8. Doa tidak dimakbulkan

9. Solat tidak diterima Allah

Slot 2:Perbezaan Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional

Perbezaan antara perbankan  Islam dengan perbankan konvensional secara umum terbahagi kepada dua konsep iaitu konsep imbalan dan konsep sistemnya. Perbezaan konsep antara sistem perbankan  Islam dengan perbankan konvensional dapat dilihat dalam jadual perbandingan di bawah.

PERBANKAN ISLAM

PERBANKAN BANK KONVENSIONAL

  • Pembiayaan/Financing
  • Transaksi jual-beli,sewa,usaha-sama,perkongsian
  • Menghasilkan keuntungan
  • Pinjaman/Loan
  • Transaksi Pinjaman
  • Menghasilkan lebihan/Riba drp pinjaman
  • Hubungan dengan pelanggan dalam bentuk hubungan perkongsian
  • Hubungan dengan pelanggan dalam bentuk hubungan pemiutang – penghutang
  • Users of real funds
  • Creator of money supply
  • Menjalankan aktiviti jual beli yang halal saja
  • Menjalankan aktiviti jual beli  yang halal dan haram
  • Penyerahan dan penyaluran dana harus sesuai dengan syariah Islam yang diawasi oleh badan Pengawal Syariah.

  • Tidak terdapat badan Pengawal Syariah

Slot 3 :Pengurusan Harta dan wasiat

Kesimpulan:

secara syarak.
anak angkat tidak mempunyai hak tuntutan keatas harta pusaka simati. Anak perempuan pula akan mendapat hak yang kurang berbanding anak lelaki

Ada beberapa masalah jika simati tidak meninggalkan wasiat:

  • Harta terbeku selepas pemegang meninggal dan proses mencairkan wang tersebut mengambil masa yang panjang
  • Waris terpaksa mencari maklumat simpanan simati kerana ketiadaan rekod
  • Si balu terpaksa membelanjakan RM5000 untuk mendapatkan Letter of Administration untuk membahagikan harta
  • Si balu hanya dapat memindahkan nama beliau diatas geran setelah lebih setahun untuk rumah yang dibeli bersama

Sebenarnya, semua ini boleh dielakkan jika simati merancangan harta pusakanya menggunakan instrument wasiat

  • Harta masih akan dibekukan, tetapi proses untuk mencairkan akan mengambil masa yang cepat kerana WASI sudah pun dilantik dan para WARIS juga sudah dikenal pasti.
  • Pewasiat akan menyenaraikan kesemua HARTA-HARTA and HUTANG-HUTANG beliau didalam wasiat. Ini memudahkan para waris untuk melunaskan HUTANG dan membahagikan harta pusaka
  • WASI tidak perlu mendapatkan Letter of Administration, jadi tiada kos yang tinggi
  • Dengan HARTA SEPENCARIAN, isteri akan dapat menukar milik harta-harta yang diklasifikasikan sebagai HARTA SEPENCARIAN dengan cepat dan mudah. Malah, HARTA SEPENCARIAN tidak akan dicampur didalam harta yang dibahagikan kepada waris-waris yang lain

Terpulang kepada kita untuk berwasiat ataupun tidak…

Slot 4 ; Pengurusan Harta Dan Kewangan

Kesimpulan:
 Ada duit beli rumah/tanah/emas/ASB-Akan jadilah seperti “ITIK YANG BERTELUR EMAS”
Klu beli kereta besar_akan jadilah seperti ” ITIK YANG BERTELUR BESI”
CERITA KEJAYAAN 1:
1. Gratuity RM 150,000-beli Kondo pd thun 2007
2. Tahun 2011-Jual Kondo dengan harga RM250,000
3. Duit RM250,000 labur di ASB pulangan 9% setahun
4. Bersamaan RM1900.00 sebulan
5. Pencen bulanan RM2000+RM1900.00
6. Pendapatan Bulanan RM 3900.00
CERITA KEJAYAAN 2:
1. Gratuity beli emas
2. Tahun 2001 harga emas RM45/gram
3. Tahun 2009  harga emas RM142/gram
4. Tahun 2011 harga emas RM157/gram
CERITA KEGAGALAN
1. Gratuity beli barang yang nilainya menurun
2. Gratuity guna untuk kawin
3. Walaupun dah pencen, hutang belum PENCEN.
Jenis HUTANG:
1. Hutang yg meningkatkan KEKAYAAN
2. Hutang yang Meningkatkan KEMISKINAN
*Pinjaman peribadi-Hutang yang meningkatkan kemiskinan
INGAT:
Jika MUFLIS, Pencen bukan milik kita (AKta 452)
Boleh muflis jika berhutang tak berbayar lebih RM30,000.00
Elakkan diri dari hutang yang MEMBEBANKAN…..
Diambang PERSARAAN:
1. Jgn ada bayaran bulanan- perlu diselesaikansebelum bersara,
2. Jgn tambah hutang baru
Cara keluar dari Hutang:
1. Bertahan
2. Timbus
3. Keluar
Kesilapan yg selalu dilakukan:
1. Overlapping pembiayaan peribadi
2. Transfer balance kad kredit
* Menyebabkan Lubang Hutang Semakin Dalam
Pesanan Penceramah;
1. Jaga kedua ibubapa-Ziarah/bagi duit kat mak&ayah
2. Sedekah
Untuk pertanyaan berkaitan Slot 4, sila hubungi En. Awang@Musran di musran@muamalat.com.my atau tel: 019-2132392
Sekian, serba sedikit ilu yang diperolehi untuk dikongsi bersama…Segala yang baik dari Allah, yang lemah dari diri saya sendiri.
**Terima kasih kpd Haslina Hashim yg sudi berkongsi ilmu ni…:)
 
2 Komen

Posted by di 27 Julai 2011 in Tazkiroh (Peringatan)

 

2 responses to “Isi Seminar Kewangan Islam di PTSS, Perlis…

  1. junaidi joseph

    10 Februari 2015 at 8:27 am

    salam dan slmt ptg tuan, sy adalah kakitangan krajaan negeri (sabah) sy ingin bertanya adakah sy layak untuk membuat pinjaman sebahagian gratuiti sy? seorang kawan kerja pernah membuat pinjaman di salah sebuah bank , beliau ketika itu berumur 54 tahun? apa kah sy boleh membuat pinjaman/gratuiti sy dlm umur yg sama dgn kawan tadi? umur bersara adalah 60tahun.

     
    • SyaMatahari

      10 Februari 2016 at 2:49 am

      salam dan selamat pagi..
      Maaf dah lepas setahun baru saya reply..
      Saya mohon maaf juga kerana saya tidak pakar mengenai perkara ini..
      Saya doakan tuan berjaya dalam apa jua yang diceburi..🙂

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: