RSS

Mari Kenali Musuh Kita…Iblis Laknatullah!

07 Jul

Isi-isi penting yang dipetik daripada ceramah Ustaz Salahudin bin Yaakub, di Surau Raudhotul Ulum, Bukit Jambul, P.Pinang pada 23 Jun 2011:

Beliau sebenarnya ingin membincangkan berkenaan kisah “Iblis menghadap Rasulullah s.a.w”, tapi seblum tu, lebih baik diperkenalkan dahulu siapa dia Iblis, sebelum Adam diciptakan (masa tu Iblis dalam golongan malaikat…). Dalil: Nabi Muhammad saw pernah bersabda, “sesiapa yg mengambil tahu perihal Iblis, ibadahnya dijamin diterima Allah swt..”

Suatu masa dahulu, Iblis pernah..

1. Ditugaskan menjaga khazanah syurga selama 40,000 tahun! (lama tuu….dan tempoh 1 tahun di sana, x sama dengan tempoh di dunia…). Maknanya, selaku penjaga ‘stor’ syurga dah tentu la Iblis ni expert tentang ganjaran2 yg akan kita dapat drpada syurga jika kita berbuat amal ibadat. Contohnya: Sesiapa yg tunaikan solat sunat Witir sebelum tidur, nescaya malaikat akan membuat mahligai dalam syurga untuknya. Jadi…iblis dah tau benda ni, mesti dia akan hasut dan halang manusia daripada solat sunat witir sebelum tidur, supaya kita x dapat ganjaran tu. (dengki la tu…sbb dia dah x mungkin akan dpt ganjaran seumpama tu..).

Contoh lain, sesapa yg nak dengar kicauan burung di syurga, senyum2lah selalu kpd orang lain…jadi Iblis yg durjana ni mesti nak bagi muka kita ni masam ja…supaya kita tak senyum pd orang. dia akan hasut kita mungkin mcm ni…”tak payah la hang duk senyum kat dia…bukannya dia nak senyum kat hang pon. kenai pon dak…” mcm tu la lebih kurang…(contoh)

2. Hidup bersama para malaikat lain selama 80,000 tahun, malah pernah menjadi PENASIHAT (kaunselor/fasilitator) kpd malaikat2 lain! Subhanallah..! yang kita ni kalau penasihat/kaunselor kita setakat Dato Dr Fadzilah Kamsah, belum tentu dapat lawan godaan & tipu daya Iblis nih. hanya kepada Allah tempat kita sembah dan minta pertolongan…Iblis ni kerja dia akan cuba merebut segala amal kebajikan daripada kita. seboleh2 tu dia nak heret kita sekali masuk dalam Neraka! Na’udzubillah…

Berlakunya banyak kemungkaran pada zaman sekarang ini adalah kerana kita LUPA kpd musuh kita, dan lupa juga kpd Allah swt..

3. Menjadi penasihat kpd para malaikat selama 20,000 tahun.

4. Pernah mengelilingi Arasy selama 40,000 tahun. Iblis yg menduduki 7 lapis langit juga mempunyai nama2 tertentu: Langit pertama- Abid (yg taat), langit kedua- Zahid (yg tak gemar perkara lalai/lagho), ketiga- Arif (yg paling mengetahui ttg ketuhanan), keempat- Wali (yg paling mengetahui ttg ketuhanan), kelima- Taqi (yg paling bertaqwa), keenam-Khozim (pengawal langit) dan ketujuh-Azazil (yg paling mulia)..

Pernah sahabat Nabi s.a.w. menghunus pedangnya, sambil mencari dan hendak menghapuskan Iblis. tapi Baginda saw bersabda “simpan kembali pedangmu. engkau takkan dapat melawan Iblis dengan semudah itu”.

Bagaimana nak menghindar hasutan Iblis & syaitan?

1. Belajarlah berlapang (berpuasa). kerana Iblis suka masuk melalui pembuluh darah.

2. Kawal nafsu ammarah (nafsu yg negatif).

3. Kawal perasaan marah.

4. Jgn hampiri ppuan/lelaki bukan muhrim.

5. utk elak gangguan syaitan semasa beribadah: baca ta’awuz (A’udzubillahi minas syaitonirrojim..) dan ludah sebanyak 3 kali ke sebelah kiri (ludah bukan betul2 keluar air liur, aksi seolah2 meludah saja). InsyaAllah, syaitan/iblis akan menjauhi kita.

6. masuk rumah baca bismillah..

Artikel2 berkaitan boleh juga didapti drpd…: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2678-biodata-iblis.html

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: ‘Iblis berkata kpd Tuhannya, “Demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku kan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada dalam jasad mereka”. Allah menjawab: “demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu.” -Hadis Kudsi

Last but not least…banyak2 lah beristighfar sebelum tidur..atau buat solat sunat taubat serta baca tahlil (zikir la ila ha illallah..) seberapa ikhlas. insyaAllah jiwa kita sedikti sebanyak terhindar drpd hasutan Iblis n syaitan terkutuk.

Wallahu’alam

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Julai 2011 in Tazkiroh (Peringatan)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: