RSS

Tazkirah bulan Rejab 1432H: Pengajaran dari peristiwa Israk & Mikraj…

27 Jun

Isi tazkirah ni sy amik drpd ceramah di Surau Raudhotul Ulum, Bukit Jambul malam 21 Jun 2011 yg lalu… Nama ustaznya saya x ingat…huhu

Ok. Ini yg sempat sy digest n nak kongsikan semasa peristiwa Israk yang dilalui Nabi Muhammad saw (yg dipetik daripada Hadis Riwayat Imam Muslim):

1. Pada malam peristiwa Israk & Mikraj, bumbung rumah Nabi saw terbuka, lalu malaikat Jibrail masuk melaluinya. Kemudian, malaikat Jibrail a.s membelah dada Nabi saw dan mencuci hatinya dengan air zam2...Pengajaran: Kita sebagai manusia perlu sentiasa membersihkan hati/jiwa kita. Sbb bila hati kita baik, maka baiklah juga tindakan kita… bagaimana nak bersihkan jiwa? Selalu2 lah bertaubat… 

2. Setelah itu, malaikat Jibrail membawa dulang emas berisi hikmah (ilmu) dan iman, lalu dituang kedalam hati Rasulullah s.a.w yg telah dicuci tadi.. Pengajaran: Bagi meningkatkan iman, kita sebagai hamba Allah s.w.t perlu ada ILMU, kemudian baru  datangnya iman…lepas tu barulah kita boleh berAMAL… Jika kita beramal tanpa ilmu, amalan kita tak diterima oleh Allah s.w.t… n kalau kita dah ada ilmu (yg bermanfaat), mesti kena amalkan… dan lebih baik disebar2kan… disamping itu, iman juga perlu dijaga… bagaimana? dengan bertafakur…berzikir, merenung kehebatan nikmat Allah s.w.t.

3. Setelah baginda Rasulullah s.a.w dibedah dan dimasukkan ilmu dan iman tadi, baginda menaiki haiwan bernama Bura’ sehingga ke Masjidil Aqsa. sampai saja di san, baginda terus menunaikan solat sunat 2 rakaat dalam masjid tersebut. Pengajaran: bagaimanapun jauh atau dekat perjalanan kita (bermusafir dsbgnya), kita mestilah mengutamakan solat…

Setelah itu, Jibrail a.s membawakan susu dan arak kpd Nabi s.a.w dan baginda diminta memilih salah satu drpdnya… lalau baginda memilih susu. maka Jibrail a.s mengatakan bahawa pilihan Nabi s.a.w adalah tepat sekali kerana susu itu melambangkan fitrah, bersih, juga melambangkan agama Islam iaitu agama fitrah, yg menunjukkan jln yg lurus..

Ok, itu dia 3 pengajarannya daripada peristiwa Israk & Mikraj. sebenarnya ada banyak lagi pengajaran drpd peristiwa tsebut, belum dpt sy kongsikan di sini…InsyaAllah di lain waktu.

mari kita alu2kan kedatangan 27 Rejab 1432 H (29 Jun 2011) iaitu ulangtahun peristiwa Israk Mikraj, dgn berpuasa sunat bagi yg mampu…ataupun setidaknya kita mengambil iktibar drpd peristiwa ini dan beriman (yakin) dengannya…

Wallahu’alam…

*Ustaz yg bagi ceramah ini menggunakan Kitab Riyadhus Solihin, dan Tafsir Quran pimpinan Ar Rahman… beliau juga mempunyai 20 tahun pengalaman berdakwah (cuma nama beliau sampai sudah saya tak pasti ape…huhu…)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Jun 2011 in Tazkiroh (Peringatan)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: